Selasa, 13 September 2016

Tips Membuka dan Mengurus Homestay / Rumah Tumpangan

Homestay Bontang
1. Membuka Homestay / Rumah Tumpangan

Mempunyai satu atau dua rumah yang sesuai.
Lokasi yang baik adalah penting seperti berdekatan bandar, pantai, pusat pengajian, hospital , pusat pengajian dan sebagainya. Jarak 10 - 15 km dari pusat berkenaan boleh diterima oleh pelanggan.
Kelengkapan untuk rumah yang paling minima ialah tilam dan katil. sofa,TV serta cerek memasak air. Namun begitu peti ais, mesin basuh, striker , dapur serta peralatan memasak di alu-alukan. Kos menyediakan kelengkapan berkenaan antara RM 5000.00 hingga RM 10,000.00
Menyediakan seorang pengurus/pekerja homestay secara sepenuh masa

2. Mengiklan Homestay

Selepas homestay dapat disediakan dengan kelengkapan ,homestay hendaklah diiklankan. Antara cara mengiklakan homestay ialah menaikkan kain rentang, menghebahkan secara lisan kepada kawan-kawan, menggunakan laman sosial , membina blog danlaman web.
Membina rangkaian homestay dengan rakan-rakan merupakan satu langkah yang bijak kerana dapat melaksanakan perkongsian dalam mengagihkan pelanggan. Sewaktu kecemasan seperti black out atau masalah lain pada rumah pelanggan boleh dipindahkan ke rumah rakan-rakan.Begitu juga sewaktu waktu homestay kita penuh.

3. Mengurus Homestay / Rumah Tumpangan

Mengurus sebuah homestay memerlukan pekerja sepenuh masa kerana pelanggan datang tanpa mengira waktu dan ketika. Begitu juga dengan masalah lain seperti kebersihan, masalah paip tandas, bekalan air, masalah lektrik akan muncul tanpa memberi tahu pemilik homestay.
Tugas-tugas pengurus Homestay ialah 1.Menerima Tempahan 2. Membersihkan rumah sebelum pelanggan masuk. 3. Menyambut Tetamu dan menyerahkan kunci. 4. Melayan kehendak dan Kepuasan Tetamu 5. Menerima semula kunci rumah 6. Melakukan kerja-kerja pembersihan selepas pelanggan keluar.
Pemeriksaan selepas pelanggan keluar penting untuk memastikan segala suis elektrik terutama aircond ditutup, begitu juga paip air, suis-suis elektrik dan dapur gas.
Pengambilan deposit juga mustahak. Kerap kali pelanggan tidak memaklumkan pembatalan tempahan atau mereka akan menginap di Homestay lain/ rumah ahli keluarga apabila sampai di destinasi. Pemilik Homestay telah menyediakan rumah dan menolak permohonan orang lain pada tarikh berkenaan.
Masa Check in dan Check Out perlu ditetapkan agar tidak bertembung antara pelanggan yang akan masuk dan keluar.

4. Cabaran Mengendalikan homestay / Rumah Tumpangan

Mengendalikan Homestay/Rumah Tumpangan merupakan satu kerja yang menyeronokkan dan mampu memberi pulangan yang lumayan sekiranya dapat diuruskan dengan baik namun begitu terdapat juga cabaran-cabaran mengendalikannya seperti :-

Menerima pelanggan yang cerewet/terlalu demand.
Pelanggan datang tidak seperti masa yang dijanjikan.
Berlaku kerosakan pada peralatan rumah
Tidak sempat menyediakan rumah apabila pelanggan datang.
Berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir
Berlaku sesuatu yang diluar jangka seperti kerosakan elektrik dan terputus bekalan air.

5. Perkhidmatan Batu Rakit Homestay

Sebagai sumbangan dan khidmat sosial kepada rakan-rakan yang telah dan akan membuka Homestay Batu Rakit Homestay bersedia untuk memberi perkhidmatan berkongsi pengalaman dalam perkara berikut :-

Perkhidmatan memotong rumput secara bulanan.
Perkhidmatan servis aircond dan kerosakan kecil elektrik
Perkhidmatan pembentungan dan masalah paip air
Perkhidmatan membina blog / menampalkan iklan dalam blog
Perkhidmatan khidmat nasihat secara percuma
Sila hubungi 019 9677400 / 0179756500

2 STRATEGI Membangun Bisnis Homestay

Bisnis homestay mulai banyak disentuh oleh pebisnis menengah ke atas. Peluang bisnis initerbilang besar, seiring dengan minat wisatawan yang besar pula.

Bisnis ini berkembang di daerah yang memang menjadi pusat wisata dan bisnis. Jakarta, Bandung, Surabaya, Yogyakarta adalah deretan kota yang banyak terdapat homestay dengan fasilitas memadai.

Ciptakan suasana nyaman

Homestay dirancang layaknya sebuah hotel, tapi dari sisi bangunan seperti rumah hunian. Sehingga wisatawan bisa menyewa keseluruhan rumah untuk menginap dengan jumlah orang yang lebih banyak. Seakan mereka berada di rumah sendiri. Biasanya homestay dibangun tidak terlalu besar dan hanya menyediakan kisaran 2 kamar tidur saja. Tapi rumah harus dirancang dengan nyaman dan aman, supaya para tamu merasa betah.

Layaknya bisnis lainnya, bisnis homestay juga harus dibangun dengan perencanaan yang matang. Lokasi sangat penting dalam pemilihan homestay. Jadi utamakan lokasi homestay yang strategis dan mudah diakses dengan berbagai kendaraan. Sebaiknya anda memakai desain rumah tradisional setempat. Sehingga pengunjung bisa merasakan sensasi lain tinggal di hunian yang baru bagi mereka.
Sediakan fasilitas yang memadai, sehingga para tamu tidak kesulitan dalam berbagai urusan. Fasilitas tersebut berkaitan dengan penerangan memadai, terjaga kebersihan, tempat tidur yang nyaman, peralatan kamar mandi yang memadai dan lain sebagainya. Segera cek perlengkapan tersebut, setiap kali tamu check out dari homestay. Supaya penyewa selanjutnya tetap mendapatkan fasilitas yang baik.

Promosi lebih gencar

Bisnis yang menggiurkan selalu dipenuhi kompetitor. Anda tidak perlu bimbang, semakin baik layanan anda maka anda bisa mengalahkan pesaing anda. Yang terpenting lagi, anda harus gencar dalam berpromosi. Anda bisa bekerjasama dengan biro perjalanan atau berpromosi dengan cara membangun website.